Nuffnang

Followers

Thursday, May 9, 2013

WOW!!! 5 Kelebihan Menjadi Seorang Guru

RESPECT!!!!

1. Panggilan Cikgu

Antara kerjaya yang menggunakan nama kerjaya tersebut sebagai panggilan adalah Guru selain doktor dan chef. Baik murid-murid, mahupun orang kampung semua akan memanggil anda Cikgu sehinggalah anda mati.  Contohnya, Cikgu Zubir, Teacher Norhaliza, Ustaz Aaron, Ustazah Neelofa. Kerja Bomba ada dia panggil kau Bomba Ramli? Posmen Saad? Tukang Paip Roslan? Hado?

2. Dikenali Ramai

Bukan hanya dikenali dikalangan guru. Tapi juga dikalangan murid-murid. Jika seorang cikgu mengajar di sebuah sekolah sahaja selama 30 tahun, bayangkan berapa ratus ribu student yang mengenalinya. Itu belum lagi yang jenis pindah randah sekolah. Semakin banyak sekolah yang diajar, semakin berkembanglah network anda. Ke mana saja anda pergi, anda akan akan disapa oleh murid anda jika terserempak dengan mereka. Hatta sehingga mereka sudah bekerjaya sekalipun nanti. Bukankan itu retis?

Pergi bank, "Eh! Cikgu. Dah 100 tahun tak jumpa. Saya kerja bank sekarang."

Pergi kedai makan, "Eh! Cikgu rupanya. Tak apa. Hari ini saya belanja, tak payah bayar. Saya tauke restoran ni."

Pergi tandas awam, "Eh! Cikgu silap orang ni. Saya bukan student cikgu." (Ini satu hal jugak bila jumpa cikgu, lari. Sebab malu dulu malas belajar. Itu yang kerja jaga toilet je sekarang.)

Itu belum dikira yang datang berhari raya ataupun kenduri kendara. Penuh dengan kenalan yang terdiri daripada rakan secikgu, murid-murid mahupun mak bapak murid.


3. Dapat Banyak Hadiah

Jika anda seorang cikgu yang awesome, pasti akan lebih disayangi ramai murid. Maka, makin bertimbunlah hadiah yang bakal diterima terutamanya setiap kali tiba Hari Guru. So, jadilah cikgu yang awesome. Bagi yang mempunyai murid yang berpendirian bahawa Hari Guru mesti disambut hari-hari macam Hari Ibu, untungla. Eh. ;-p


4. Cuti Banyak dan Kerja Separuh Hari

Ini antara satu sebab orang suka cakap, "Kalau nak cari isteri, carilah yang kerja sebagai cikgu." Sebab apa? Sebab dapat luangkan masa yang lebih bersama family. Bila anak sekolah, mak pun pergi sekolah. Bila mak cuti, si anak pun cuti. Cuti panjang pulak tu. Tapi gaji tetap jalan. Ye dop? Kerja pulak separuh hari. Bagi yang mengajar pagi, pukul 2.00 dah boleh lepak kat rumah. Bagi yang rajin, boleh buat side income or part time. Kalau nak kupas bab kelebihan ada isteri cikgu ni memang banyak.


5. Ganjaran Pahala Yang Berpanjangan

Inilah kelebihan yang paling utama sekali. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai. Tidak kiralah apa jenis ilmu sekalipun selagi ianya memberi manfaat dan diamalkan, selagi itulah ganjaran pahala akan dikecapi oleh orang yang mengajar ilmu tersebut walaupun dia telah meninggal dunia.

Sabda Nabi SAW mafhumnya :


"Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)

"Bahawasaya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia " (Riwayat Tarmidzi)

Begitulah tingginya darjat seorang Guru di sisi Allah dan Islam.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis