‘Peace’, satu simbol yang selalu diekspresikan ketika bergambar. Boleh dikatakan ia antara ‘pose’ wajib bagi setiap orang kalau kehabisan idea untuk bergaya ketika merakam gambar. Simbol ini bukan seperti ‘trend’ yang datang dan pergi tetapi ia kekal hingga kini walaupun pelbagai generasi sudah dilalui.
Tanpa mengira peringkat umur, lambang ‘peace’ boleh dianggap seperti legasi sejak turun temurun. Ia ibarat tabiat semula jadi yang wujud dalam diri setiap manusia. Adakah anda tergolong antara mereka? Jika dilihat kembali, anak kecil yang berumur empat dan lima tahun juga tahu membuat gaya ‘peace’ ketika bergambar. Mungkin diajar ibu bapa dan mungkin juga terpengaruh dengan orang sekeliling.
Maksud ‘Peace’
Meskipun ia merebak menjadi budaya kekal namun sejauh mana kita faham mengenai lambang ‘peace’ ini. Makna sebenar ‘peace’ merujuk kepada Wikipedia, ia adalah lambang perdamaian. Sepanjang sejarah dunia, beberapa simbol sudah digunakan namun dikatakan lambang merpati, ranting pokok zaitun dan lambang melucutkan senjata nuklear adalah antara yang terkenal digunakan. Tanda lain yang sering digunakan sebagai lambang perdamaian termasuklah tanda V (V sign) yang bermaksud kemenangan (victory).
Simbol keamanan pada mulanya digunakan sebagai simbol pelucutan senjata nuklear oleh gerakan anti-perang. Direka Gerald Holtom, pada 21 Februari 1958, simbol ini adalah kombinasi isyarat bendera untuk huruf N dan D. Ia juga singkatan dalam bahasa Inggeris untuk perkataan ‘Nuclear Disarmament’ atau pelucutan senjata nuklear.
Jika dibandingkan pengisian maksud keamanan dalam diri setiap manusia agak rumit. Setiap peringkat umur mempunyai tahap peredaran sejarah yang berbeza. Semakin lama dia hidup, semakin mendalam inti pati maksud ‘aman’ yang dia tahu. Walaupun begitu, makna sebenar simbol ‘peace’ ini tidak akan pernah berubah sejak berabad lama.
Sejarah di seluruh dunia,
Semasa Perang Dunia Ke-2, bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill menggunakan lambang V sebagai tanda kemenangan terutamanya sewaktu ucapan rasmi beliau ketika pilihan raya. Di Amerika Syarikat pula, lambang V menjadi popular semasa gerakan keamanan sekitar 1960-an.
Difahamkan bermula 1972, Olimpik Musim Sejuk di Hokkaido, Jepun menyaksikan Janet Lynn iaitu skater Amerika Syarikat yang terikut budaya pop Jepun mendapat tempat ketiga dalam pertandingan dianjurkan. Keceriaan dan perwatakannya yang ‘gila-gila’ menarik hati penonton Jepun. Dan dikatakan, semasa menjadi aktivis keamanan, Janet sering menggunakan simbol ‘peace’ di depan media Jepun sehingga diangkat menjadi pelopor lambang ‘peace’ di Jepun.
Ada juga teori yang mengatakan lambang V ini bermaksud dua. Dalam bahasa Jepun, nombor ‘dua’ disebut ‘ni’. Dan menurut sumber, difahamkan kebanyakan perkataan yang membawa maksud senyuman bermula dengan ‘ni’.
Ikut suka hati
Sejarah dunia banyak berkait dengan lambang ‘peace’ ini tetapi bagi setiap individu, sejauh mana pengertiannya dalam diri sendiri? Mungkin kebanyakan daripada kita hanya tahu membuat gaya ini tanpa mengerti maksud lebih mendalam tetapi jika tahu makna keamanan, ia sudah memadai.
Tidak ada posisi badan ataupun kedudukan tetap untuk bergambar dengan gaya ‘peace’. Boleh jadi senget, terbalik dan sebagainya. ‘Posing’ dengan tunjukkan lambang ‘peace’ ketika bergambar bukan lagi kebiasaan tetapi apabila digayakan dengan cara yang aneh, mungkin boleh menarik perhatian ramai. Ramai di antara kita cuba untuk menjadikan ‘pose peace’ sebagai gaya comel termasuklah artis wanita K-Pop. Jadi, lakukan kelainan ketika bergambar, anda boleh mencuba gaya ini dengan posisi yang berbeza seperti kebiasaan ataupun di lokasi yang mencabar keamanan diri sendiri.
“Saya tanya anak dan pelajar kenapa buat simbol ‘peace’ ketika bergambar, mereka jawab tiru stail artis pop Korea. Ketika kecil, kami menunjukkan simbol ‘peace’ dengan kefahaman yang tinggi mengenai kedamaian. Bila lori askar melintas, kita tunjukkan simbol ‘peace’.
“Walaupun asal simbol ini dikaitkan dengan gerakan hippies ketika itu tetapi kenapa kita tidak boleh ambil satu kefahaman yang sejagat yang memperjelas simbol itu mengajak kita supaya jangan bergaduh dan berperang. Saya tak anggap kita mengambil yang buruk dari situ.”
-Seniman Prolifik, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Zulkifli Yusoff
7 simbol atau isyarat tangan ketika merakam gambar
1. Simbol ‘peace’
Simbol ‘peace’ ini dilakukan menunjukkan keceriaan dan keseronokan seseorang apabila bergambar. Mereka akan melakukan simbol ini secara spontan dan dikatakan simbol ini menunjukkan ilusi perdamaian dan keamanan. Apabila membuat simbol ini ketika bergambar pasti mudah untuk tersenyum. Simbol ini menggunakan jari telunjuk dan jari tengah yang seakan bentuk huruf V.
2. Simbol ibu jari ke atas
Simbol ini untuk menunjukkan tahap pencapaian seseorang yang bagus atau cemerlang lalu membuatkan orang sekeliling memberi isyarat tangan ini. Isyarat ini juga bermaksud syabas atau hebat bagi masyarakat di negara Jerman dan bagi masyarakat Mesir pula bermaksud baik atau sempurna. Manakala maksud sebaliknya bagi negara Iraq, dikatakan simbol ini memberi isyarat lucah dan bersifat negatif.
3. Simbol ibu jari ke bawah
Isyarat tangan ini bermaksud sama ada bersifat negatif atau perasaan sedih seseorang berkaitan dengan sesuatu perkara bagi meluahkan perasaan mereka. Simbol ini juga menggambarkan kekecewaan dan kekalahan.
4. Simbol rock
Simbol ini kebiasaannya digunakan ketika persembahan penyanyi rock tempatan atau luar negara yang menghiburkan penonton, apabila terlalu leka dengan hiburan yang didedahkan mereka akan menunjukkan simbol ini dan ada juga ketika bergambar menggunakan simbol ini.
5. Simbol ‘OK’
Simbol ini bagi menggambarkan perasaan seseorang berkaitan dengan sesuatu perkara yang gembira dan selesa untuk berhadapan dengan sebarang situasi.
6. Simbol ‘frame’
Untuk menunjukkan wajah mereka semata-mata ketika bergambar dan kebiasaannya hanya bergambar seorang diri. Simbol ini memerlukan kedua-dua belah tangan dan menunjukkan segi empat tepat.
7. Simbol ‘loser’
Menunjukkan kekalahan berkaitan dengan hal tertentu, kemudian mereka akan menunjukkan wajah yang sedih untuk meluahkan ekspresi wajah itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/22

No comments :
Post a Comment