Rembau: Kecurigaan polis sebaik menerima laporan kehilangan seorang pemilik kedai perabot warga Pakistan yang dibuat oleh pekerjanya pada 5 April lalu berjaya membongkar misteri kehilangan mangsa yang dibunuh pekerja terbabit sebelum mayatnya ditanam di Kampung Legung Ulu, Kota dekat sini, kelmarin.
Polis pada mulanya menerima laporan daripada pekerja terbabit yang juga warga Pakistan berusia 31 tahun mengenai kehilangan majikannya, Fazli Subhan Said Qadar berusia 48 tahun.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata, curiga dengan tindakan suspek yang lewat membuat laporan polis iaitu lima hari selepas kehilangan mangsa, polis akhirnya memanggil semula pekerja terbabit sebelum dia akhirnya mengaku membunuh majikannya yang mayatnya ditanam di depan rumah isterinya, seorang wanita tempatan berusia 65 tahun.
“Mangsa dan suspek adalah sahabat baik yang memasuki negara ini sejak 2004, kemudian pada 2008 mangsa membuka kedai perabot di Chembong dan mengambil suspek sebagai pekerja.
“Mangsa dan suspek adalah sahabat baik yang memasuki negara ini sejak 2004, kemudian pada 2008 mangsa membuka kedai perabot di Chembong dan mengambil suspek sebagai pekerja.
MAYAT Fazli Subhan (gambar kecil) yang mati dibunuh dan ditanam di Kampung Legung Ulu, Kota dibawa keluar dari tempat kejadian.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditanam dalam lubang sedalam satu meter lebih sebulan lalu berdasarkan keadaan mayat yang hampir reput dan berbau busuk,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
No comments :
Post a Comment