Nuffnang

Followers

Wednesday, May 29, 2013

Tragedi bot karam: 11 masih hilang, operasi mencari diperluas


  • Foto
    Orang ramai dan waris mangsa bot karam berkumpul di tebing sungai untuk mengikuti perkembangan terkini usaha mencari mangsa yang hilang, semalam.
  • Foto
    Keadaan Terminal Bot Ekspress Utama di bandar Sibu tetap sesak dengan penumpang yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut perayaan Hari Gawai, semalam.
  • Foto
    Helikopter turut digunakan untuk mencari mangsa yang masih hilang.
Kuching: Selepas 33 jam bot ekspres Kawan Mas karam di Tanjong Giam Bungan, operasi mencari dan menyelamat gagal menemui mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam bot berkenaan atau lemas ketika menyelamatkan diri.

Malah usaha untuk menarik bangkai bot ekspres malang itu pada jam 1 petang semalam juga gagal apabila tali yang digunakan oleh sebuah tongkang untuk menariknya, terputus. 

Operasi membabitkan lebih 100 petugas pelbagai agensi termasuk 18 penyelam profesional itu dihentikan sementara pada jam 6 petang semalam, berikutan keadaan arus agak merbahaya, selain keadaan sudah mula gelap dan hanya akan disambung untuk hari ketiga, hari ini. 


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, yang mengesahkan perkara itu, turut mengeluarkan senarai nama 179 penumpang termasuk 52 perempuan, dan 11 yang masih hilang kepada pihak media di Ibu pejabat Polis Kontijen Sarawak di sini, lewat petang semalam.

Beliau berkata, 11 yang masih hilang termasuklah dua perempuan iaitu Mejerin anak Bantan dan Roslin Jati, manakla 9 lagi lelaki iaitu Anuar anak Margaret; Akong anak Empam; Hendry anak Linggi; Ricky anak Sunus; Robet Angih; Simon Patrick; Tommy anak Ubing; Welson anak Lat dan Wesly Belaja anak Nelson.

“Kita bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ada lagi yang mungkin hilang dengan anggota keluarga mereka belum tampil. Jika sesiapa ada anggota keluarga yang menaiki bot itu dan belum pulang ke rumah, tolong hubungi polis,” katanya.

Mengenai usaha menarik bangkai bot terbabit, Acryl berkata sebuah tongkang lebih besar dilengkapi kren akan dibawa ke lokasi hari ini untuk menarik bot berkenaan ke tebing sungai. 
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, bot malang itu mengalami kerosakan enjin sebelum terlanggar batang kayu sepanjang kira-kira 10 meter sehingga menyebabkan ‘propeller’ enjin rosak, sebelum terlanggar batu dan karam.

Kemungkinan mangsa hanyut

Sementara itu di Belaga, Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Bakar Sebau, berkata operasi mencari dan menyelamat kini diperluaskan hingga jarak tiga kilometer ke hilir sungai berkenaan bagi mengesan kemungkinan ada mangsa yang hanyut.

Selain Polis, turut terbabit dalam operasi berkenaan ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta penduduk kampung.



No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis