Nuffnang

Followers

Saturday, May 18, 2013

Barang kemas lebih RM3.02 juta dicuri!!!

AKTRES Fan Bingbing berdiri di tepi kotak kaca yang mengandungi satu set barang kemas Chopard semasa Festival Filem Cannes berlangsung di Cannes semalam.- REUTERS


CANNES - Beberapa barang kemas bernilai lebih AS$1 juta (RM3.02 juta) dicuri dari bilik sebuah hotel di sini semasa Festival Filem Cannes Kali Ke-66 berlangsung, lapor media Perancis semalam.
Barang kemas milik firma Switzerland, Chopard itu dicuri dari bilik Hotel Novotel yang dihuni para petugas syarikat berkenaan pada malam kelmarin.
Ketika kejadian, Chopard membekalkan barang kemas tersebut untuk dipakai oleh bintang-bintang filem antarabangsa pada acara karpet merah festival tersebut.
Media tempatan memetik polis di bandar Nice, dekat sini, sebagai berkata, beberapa pencuri telah melarikan barangan kemas itu yang berharga lebih sejuta dolar.
Kejadian itu dianggap mirip seperti sebuah filem.
Menurut laporan polis, para pencuri tersebut memasuki bilik hotel seorang pekerja wanita syarikat barang kemas itu.
Laporan itu menyatakan, para pencuri tersebut menarik sebuah kotak di dalam tempat penyimpanan koleksi pakaian.
Polis kini cuba mengesan identiti para pencuri itu menerusi rakaman litar kamera kawalan keselamatan.
Syarikat Chopard merupakan antara penaja festival itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2TeofXEqj 
Hakcipta terpelihara 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis