Empat dekad kemudian, seorang lagi ikon wanita yang juga aktres antarabangsa, Angelina Jolie sekali lagi menarik perhatian dunia terhadap kanser payudara tapi melalui mesej lebih berani.
Jolie mendedahkan minggu lalu, beliau pembawa mutasi penyebab kanser, dan kerana itu beliau memilih untuk melakukan mastektomi berganda.
Mutasi adalah perubahan kekal dalam gen DNA.
Dia popular dan sebagai nama besar dalam industri perfileman juga aktres yang cantik, Sebagai wanita, Jolie menanggung beban yang besar, kata pakar sejarah perubatan juga penulis buku The Breast Cance Wars. Barron H Lerner.
Pakar kanser payudara dan peminatnya memuji cara Jolie mengkaji pilihan yang ada sebelum membuat keputusan. Mereka mengakui, ia sedikit sebanyak mungkin akan mempengaruhi pemikiran sesetengah wanita yang mempunyai latar belakang kanser payudara dalam keluarga untuk melakukan ujian genetik.
Bagaimanapun, ada juga pakar perubatan yang bimbang jika ia disalah tafsir wanita lain dan menjadikan ia trend di kalangan pesakit kanser payudara peringkat awal.
Kebelakangan ini, doktor ada melaporkan wujudnya gejala pencegahan di kalangan wanita yang mempunyai kanser payudara pada satu payudara dan membuat keputusan membuang sebelah lagi payudara sihat walau tidak mempunyai mutasi genetik meningkatkan risiko atau potensi rendah mendapat kanser kali kedua.
Ujian mutasi BRCA
Jolie pernah menulis dalam kolum Op-Ed, akhbar The New York Times bahawa keputusan ujian mutasi genetik BRCA1 dijalaninya positif, membawa maksud beliau berisiko tinggi menghidap kanser payudara dan kanser ovari.
Malah, ibunya juga mati pada usia 56 tahun selepas hampir sepuluh tahun menghidap kanser.
Keputusan Jolie melakukan mastektomi berganda dan pembedahan membina semula payudara dilakukan selepas melalui sesi kaunseling genetik.
Jolie, 37, menjalani sesi rawatan di Pink Lotus Breast Center, Beverly Hills, sebuah klinik yang beroperasi sejak 2009 oleh Dr Kristi Funk. Melalui laman web rasmi klinik berkenaan, doktor itu dikatakan pernah berkhidmat sebagai Pengarah di pusat pendidikan payudara, Cedars-Sinai Medical Center bertempat di Los Angeles.
Keadaan Jolie jarang berlaku. Mutasi dalam BRCA1 dan BRCA2, dianggarkan menyebabkan lima peratus sehingga 10 peratus kanser payudara manakala 10 hingga 15 peratus kanser ovari di kalangan wanita kulit putih di Amerika Syarikat.
Mutasi ini juga dijumpai dalam etnik lain, tapi tidak diketahui peratusan kebarangkalian itu.
Dianggarkan 30 peratus wanita mempunyai mutasi BRCA memilih untuk melakukan mastektomi, kata Ketua Genetik Klinikal, Memorial Sloan-Kettering Cancer Center, New York, Dr Kenneth Offit.
Malah, individu yang mempunyai ahli keluarga mati disebabkan kanser disarankan untuk melakukan pembedahan tersebut.
Penting untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa mutasi BRCA untuk kes istimewa, situasi berpotensi tinggi, kata ketua unit payudara, Sloan-Kettering, Dr Monica Morrow.
Fahami keperluan
Dalam kalangan pejuang kesihatan wanita, trend mastektomi berganda di kalangan wanita yang tidak mempunyai mutasi adalah cukup mengecewakan.
Kajian pada 1970an dan 1980an membuktikan yang pembedahan membuang ketulan (lumpectomy) lebih selamat berbanding mastektomi dan kajian mendapati, ia menyelamatkan lebih banyak nyawa wanita.
Walaupun banyak permintaan terhadap pembedahan mastektomi, Dr Marrow berkata, dia selalu cuba untuk bercakap dengan pesakit mengenai perkara itu terlebih dulu.
Ramai ingat risiko kanser berulang tinggi sedangkan ia tidak. Ada juga fikir yang payudara mereka boleh sepadan jika kedua-duanya dibuang dan dibina kembali, katanya.
Bagaimanapun, pakar bedah payudara, Dr Susan Love, juga penulis buku Dr. Susan Loves Breast Book menyifatkan kes Jolie sebagai istimewa dan semua pasti memahami mengapa dia melakukannya.
Apa yang kami harapkan, orang sedar sedar, tidak ada alat pencegahan paling bagus bagi kanser payudara. Apabila anda perlu memotong bahagian tubuh untuk mengelakkan ia merebak, ia seperti satu tragedi yang cukup tragis, katanya.
Secara kasar, 65 peratus risiko mendapat kanser payudara dikesan bagi mereka yang positif mutasi BRCA. Jika ada mutasi lain wujud, potensi lebih tinggi.
Jolie sendiri berkata, mutasi BRCA beliau adalah 87 peratus untuk kanser payudara dan 50 peratus risiko menghidap kanser ovari.
Saya mulakan dengan payudara kerana risikonya lebih tinggi berbanding kanser ovari, pembedahannya juga lebih kompleks, katanya.
Bagaimanapun, ujian BRCA masih asing dan ujian itu juga mahal iaitu antara $3,000 (RM9,066 ), ia juga tidak digalakkan untuk dijalani semua wanita.
Gaya hidup sihat
Sementara itu, Pakar Perunding Klinikal dan Radioterapi (Onkologi), Beacon Hospital, Datuk Dr Mohamed Ibrahim Datuk Abdul Wahid, berkata kanser payudara adalah masalah kesihatan global yang menjadi penyebab utama kematian wanita dari pelbagai kaum dan etnik.
Di Malaysia, kanser payudara adalah kanser utama menyerang dengan 1 daripada 19 wanita disahkan positif kanser payudara sebelum usia 85 tahun.
Dianggarkan 30 hingga 40 peratus kanser payudara tahap awal akan berkembang ke tahap empat dan tidak boleh diubati, manakala 42 peratus lagi mulai dikesan pada tahap tiga dan empat, katanya di majlis pelancaran ubat terapi kanser keluaran Novartis, baru-baru ini.
Dr Mohamed Ibrahim berkata, beliau melihat peningkatan kes kanser payudara di kalangan generasi muda, seawal usia 20 dan 30 tahun.
Ia menimbulkan tanda tanya kerana jika dilihat ibu dan nenek kita yang lahir sekitar tahun 20-an, katanya.
Justeru, beliau merasakan bahawa sudah sampai masa masyarakat di negara ini mula menjaga kesihatan dengan mengubah cara hidup dan diet harian.
Program kesedaran melalui kempen juga dilihat tidak menyeluruh dan ia perlu diberi penekanan lebih, katanya.
Mengulas mengenai ujian genetik bagi menilai kelainan gen, Dr Mohamed Ibrahim tidak menggalakkan ia dilakukan kerana katanya, hasil ujian boleh merendahkan keyakinan diri individu.
Sedangkan, kaedah awal menangani apa juga penyakit adalah pencegahan awal dan saya ingin menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan cara hidup sihat, katanya.
SUMBER: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TragishidupJolie/Article/
No comments :
Post a Comment