Nuffnang

Followers

Monday, May 27, 2013

Penjenayah rempuh kenduri kahwin

Gopeng: “Saya bersama tetamu lain tidak dapat mengelak kerana kereta jenis Proton Pesona itu sudah terlalu hampir dan hanya menyedari kami sudah tercampak beberapa meter.
“Saya kemudian segera mendapatkan anak yang sudah terbaring di bawah khemah dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke Hospital Kampar.
“Bagaimanapun, kecederaan teruk menyebabkan anak saya terpaksa dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebelum disahkan meninggal dunia enam jam kemudian akibat kecederaan parah di kepala,” kata T Thenarasu, 24, bapa kepada Thamilarasan, 18 bulan yang maut dalam kejadian sebuah kereta dinaiki empat lelaki dipercayai penjenayah dikejar kereta peronda polis yang terbabas dan melanggar khemah majlis kenduri kahwin di Kampung Kopisan, jam 11 malam kelmarin.

Mangsa bersama bapa dan ibunya serta beberapa tetamu lain sedang menjamu selera di bawah khemah sebelum mereka dirempuh kereta dinaiki empat suspek berkenaan.
Foto
KERUSI dan meja berselerak selepas sebuah kereta yang dikejar polis merempuh majlis perkahwinan.

Insiden pilu itu menyebabkan mangsa, bersama bapanya, tercampak beberapa meter.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/27

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis