Nuffnang

Followers

Monday, May 20, 2013

Sahabat akhir hayat!!!


Hulu Selangor: “Anak saya dan Addin adalah rakan baik sejak di bangku sekolah, malah mereka menuntut dan tinggal sebilik di universiti sama dan kini, mereka juga mati bersama,” kata ibu Muhammad Omar Hamzah Zulkifli, Rohani Zaini, 50, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bahru (KKB), di sini, semalam.
Omar Hamzah, 19, dan dua lagi rakannya, Muhammad Addin Firdaus Rashidi, 19, Muhammad Hilal Mohd Isa, 19, maut manakala seorang lagi rakan mereka, Mohamad Nazren Kamisan, 19, parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung sebuah lori di Kilometer 7.9 Jalan Hamzah, di sini, jam 10.50 pagi. Pemandu lori berkenaan yang dikenali sebagai N Sivasalagaram, 34, parah.
Katanya, arwah anaknya adalah anak ketiga daripada empat beradik dan menunggu tawaran masuk ke universiti selepas tamat kursus di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (UM).

“Mereka berdua rapat sejak kecil, malah tinggal sebilik ketika menuntut di UM,” katanya.
Foto
ANGGOTA bomba dan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

Bagi ibu Muhamad Addin Firdaus Rashidi, Fauziah Ismail, 47, berkata, arwah anak yang soleh dan dia hanya mendapat tahu mengenai kejadian itu pada jam 2.45 petang.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis