Nuffnang

Followers

Tuesday, May 14, 2013

Panas!!! Antara ibu dan kekasih


Subang Jaya: “Saya sayangkan ibu kerana dia yang lahirkan saya. Jadi, saya tidak pernah membuang ibu, tetapi ibu yang usir saya dari rumah,” kata pelakon muda, Afiq Muiz, 21, mengenai hubungan dengan ibunya, Hasliza Mohd, 48.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semalam selepas kecewa dengan kenyataan Hasliza dalam sebuah portal yang menggelarnya anak derhaka dan mendakwa sikapnya berubah selepas menjalinkan hubungan dengan pelakon, Eina Azman, 18.
Afiq yang popular menerusi drama bersiri di TV3, Mimpi Cinderella dan Bangkitnya Seorang Perempuan berkata, dia juga kecewa kerana ibunya mendedahkan perselisihan faham dan hal dalaman keluarga mereka kepada umum.

“Saya kecewa dan sedih apabila ibu memalukan saya di media. Saya tidak pernah menderhaka, tetapi berusaha mencari rezeki mengubah kehidupan keluarga.
Foto

“Namun, apabila mereka (keluarga) tahu saya berkawan dengan Eina, saya dikutuk, dikritik serta dihalau dari rumah. Eina pula dituduh mengikis semua wang simpanan saya,” katanya sambil menangis.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/15

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis