Nuffnang

Followers

Friday, May 17, 2013

Dilemma Gadis Terlanjur


Saya pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu kota. Masalah saya ialah terbabit dengan hubungan sejenis.
Mula-mula ha­nya ringan-ringan dan suka-suka, akhir­nya kini saya terjebak lebih jauh. Saya boleh dikatakan sudah ketagih seks bersama rakan wanita saya. 
Saya dalam dilema kerana takut pelajaran terganggu kerana ketagihan itu. Malah, saya sudah beberapa kali terlanjur dengan rakan serumah apabila kesu­nyian. 

Tolonglah saya Dr. Saya sudah tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya harap agar saya dapat me­ngubah kehidupan saya yang pahit ini.

Gadis terlanjur,
Kuala Lumpur 


Pada masa kini seks hubungan sejenis semakin merebak. Seorang ahli psikologi iaitu Sigmund Freud berpendapat, apabila manusia dikuasai naluri id, mereka hanya memikirkan keseronokan tanpa me­ngambil berat mengenai agama. 

Aspek realiti dan pertimbangan dari segi moral dan logika sudah tidak dipedulikan. Matlamat id, mengikut Freud lagi ha­nya lebih kepada memuaskan nafsu naluri semata-mata. 

Melakukan hubu­ngan seks sejenis antara elemen memuaskan id dan berpaksi kepada nafsu keseronokan. 

Buktinya, keseronokan mengadakan hubungan sejenis itu tidak berakhir selepas kali pertama ia dilakukan. Sebaliknya, ia berterusan sehingga ke hari ini. Malah, adik sudah ketagihan seks sejenis. 

Dr melihat adik mempunyai keinginan untuk mengubah cara hidup. Adik sebenar­nya mempunyai pilihan untuk menentukan arah tuju hidup. Ini kerana manusia bertanggungjawab atas ting­kah laku dan memilih jalan hidup mereka sendiri. 

Agama Islam amat melarang hubungan sejenis (surah al-Araf, ayat 80 dan 81). Melakukan hubungan sesama jenis mempu­nyai kesan tersendiri. 

Misalnya kajian ahli psikologi seperti King dan McKeown mendapati hubungan sejenis secara kesejahteraan psikologi adalah lebih terdedah kepada kebimbangan, tekanan dan tingkah laku kecenderungan membunuh diri daripada pasangan normal. 



Hubungan sesama jenis juga memberi implikasi kepada institusi perkahwinan dan kekeluargaan. 

Kaedah untuk mengu­rangkan kei­nginan me­ngadakan seks sejenis adalah pel­bagai. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah terapi dipanggil sebagai aversi. 

Ada ahli psikologi yang tidak bersetuju dengan panda­ngan terapi ini kerana menganggapnya sebagai kurang beretika kerana ia me­nyakitkan. Teknik lain yang boleh adik lakukan ialah teknik penulisan jurnal. 

Dari aspek agama pula, kaedah berpuasa boleh digunakan. Puasa membentuk manusia bermujahadah melawan hawa naf­su dengan mengekang diri daripada melakukan perkara yang yang boleh membatalkan atau mencacatkan puasa di siang hari. Semoga adik berjaya me­ngekang perbuatan hubungan sejenis adik.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/12

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis