Nuffnang

Followers

Tuesday, May 21, 2013

Dengan Siapa Aktor Shah Jaszle Kena Tangkap Khalwat?




KUALA LUMPUR, 17 MEI 2013: Murai Batu bukan sengaja nak jadi batu api pulak pada hari Jumaat yang penuh mulia ini. Tapi apa yang Murai Batu cuba persoalkandi sini adalah hasil daripada perasaan ingin tahu Murai Batu sendiri selepas membaca kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dalam siaran akhbar tersebut, pihak JAIS telah mengesahkan bahawa aktor Shah Jaszle telah ditangkap berkhalwat pada pagi Khamis lalu di sebuah apartment yan terletak di Subang. Tangkapan itu dibuat hasil daripada aduan ramai orang.
Tapi, yang menariknya, dengan siapa Shah Jaszle ditangkap, ianya tidak pula disebut di dalam kenyataan akhbar tersebut? Secara tidak langsung, ia membuatkan MuraI Batu tertanya-tanya mengapa pihak JAIS tidak menyebut nama pasangannya itu?
Sedangkan apa yang Murai Batu tahu, kalau pasangan yang ditangkap berkhalwat itu sama-sama beragama Islam, kedua-duanya akan didakwa oleh pihak JAIS. Bukan Murai Batu saja yang tertanya-tanya akan hal ini.
Tapi, beberapa orang rakan turut bertanyakan pada Murai Batu: "Shah Jaszle kena tangkap dengan tunangnya atau pun orang lain? Murai Batu pun tak tahu nak jawab tentang persoalan diaorang ni.
Apa yang pasti, isu Shah Jaszle ditangkap khalwat ini nampaknya telah menimbulkan spekulasi dan spekulasinya adalah siapakah perempuan yang kena tangkap khalwat dengan Shah Jaszle itu? Ha... Siapa nak jawab tu?
Apa-apa pun kita hanya boleh tunggu berita selanjutnya.
MuraiBatu: Tengah dengar lagu Adele, Rumour Has It All.

1 comment :

  1. yang pasti bukan dengan tunang dia la.. dengan sapa tunggu je tak lama lagi kes masuk mahkamah tahu la sapa perempuan yg kena tangkap dengan dia

    HANGAT >>AFIQ MUIZ TAK KISAH IBUNYA DI SAMAN?IENA AZMAN KATA IBU AFIQ TAK SIUMAN
    Terbaik >>apakah yang dikejar oleh makhluk asing di sekitar Stuttgart?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis