Nuffnang

Followers

Tuesday, June 4, 2013

Adegan Bomba Potong Cincin Yang Terlekat Di Jari Mangsa

Tugas sebagai anggotabomba bukan sahaja memadamkan kebakaran, tetapi tugas-tugas menyelamat turut melibatkan badan berkuasa ini. Kita sepatutnya memberikan penghargaan kepada mereka di atas kesungguhan membantu dalam apa jua kemalangan mahupun bencana yang menimpa. Artikel kali ini adalah menyentuh tentangadegan anggota bomba dalam berusaha memotong cincin yang telah terlekat di jari mangsa. Agak ngeri sebenarnya.
Pada jam 6.23 petang semalam, Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Raja, Shah Alam telah menerima panggilan kecemasan daripada Balai Bomba Sri Andalas memotong cincin yang melekat di jari dua mangsa di hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.
Tiga orang anggota diketuai oleh Mohd Faizal Samsudin bersama dua anggota lain, Mohd Zainal Hashim dan Muhamad Hafiz Hussin telah bergegas ketempat kejadian. Mangsa pertama seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tiga tahun dan mangsa kedua seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an.
Kecekapan dan ketelitian anggota-anggota bomba terbabit berjaya memisahkan cincin tersebut dari jari kedua-dua orang mangsa, syabas!
bomba4
bomba1
bomba2
bomba3

1 comment :

  1. buat apa kamu potong.... biuskan sahaja jarinya, saya telah lakukan banyak kali.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis