Nuffnang

Followers

Thursday, June 6, 2013

Kisah Lelaki Mengandung

Seorang hakim menolak tuntutan cerai daripada lelaki yang asalnya wanita dan melahirkan tiga anak selepas berkahwin.
Hakim mahkamah keluarga daerah Maricopa, Douglas Gerlach menegaskan bahawa larangan perkahwinan sesama jantina di Arizona menyebabkan perkahwinan sembilan tahun Thomas Beatie tidak boleh disahkan.
Beatie dilahirkan perempuan tetapi menjalani pembedahan untuk menjadi lelaki. Bagaimanapun, dia masih mengekalkan organ pembiakan wanita dan melahirkan tiga anak.
Gerlach berkata, dia tiada kuasa untuk meluluskan perceraian kerana tiada bukti mencukupi menunjukkan Beatie adalah lelaki ketika dia mengahwini Nancy di Hawaii. Menurutnya, pasangan Beatie tidak pernah memberikan rekod yang dapat menjelaskan apa yang sebenarnya telah dilakukan Beatie untuk menjadi lelaki.
Jurucakap Beatie, Ryan Gordon berkata, komen hakim itu mengejutkan dan Beatie bercadang merayu keputusan itu.

Ketika mengandung
Ketika mengandung
Menurutnya, Beatie berkahwin sebagai lelaki secara sah dan tidak disyaratkan untuk mendedahkan bahawa dia mengekalkan organ pembaikan wanita ketika memohon dan memperoleh sijil kelahiran baru di Hawaii sebagai lelaki.
Dia berkata, Beatie menghentikan rawatan testosteron agar dia dapat melahirkan anak.
“Malang sekali kerana hakim di sini tidak mengiktiraf perkahwinan di negeri lain,” katanya.
Beatie benar-benar mahu mengakhiri perkahwinannya.
Bagaimanapun, hasratnya tertangguh apabila Gerlach mengatakan dia tidak dapat menemui klausa dalam undang-undang yang mendefinisikan lelaki boleh melahirkan anak.
Thomas Beatie yang dikenali sebagai “Lelaki Hamil” dilahirkan sebagai Tracy Lehuanani Lagondino di Oahu, Hawaii.
Dia berkahwin dengan pasangannya Nancy pada awal 2003 di Honolulu dan hamil kerana Nancy tidak dapat melahirkan anak. Beatie melahirkan anak yang kini berusia empat, tiga dan dua tahun selepas hamil melalui sperma yang didermakan. Pasangan itu kemudian berpindah ke Arizona.
Beatie mendapat liputan meluas media, tampil dalam rancangan bual bicara seperti Larry King dan Oprah Winfrey serta memenangi tempat dalam senarai “10 Individu Paling Mempesonakan” Barbara Walters pada 2008. – Agensi

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis