Nuffnang

Followers

Wednesday, June 5, 2013

Geli! Apabila Rambut Tidak Dicuci Selama 26 Tahun

Setiap orang perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersihan. Jadi tidak boleh tidak, orang yang menetap di Malaysia perlu mandi sekurang-kuranya 2 hari sekali bagi memastikan badan sentiasa bersih. Percayakah anda bahawa terdapat seorang lelaki yang tidak pernah mencuci rambutnya selama 26 tahun. Tetapi apabila orang kampung bertindak mencuci rambutnya, ternyata air basuhan tersebut tersangat kotor. Ish.. boleh termuntah!
Seorang lelaki berumur 80 tahun membuat keputusan untuk membasuh rambutnya buat pertama kali dalam tempoh 26 tahun. Lelaki itu, Mr Luo berasal dari sebuah perkampungan kecil di bandar Chong Qing, China.Habis satu kampung dikerah Mr Luo untuk mencuci rambutnya itu. Sebanyak 3 paket serbuk pencuci digunakan dan memerlukan kira-kira 5 jam proses mencuci! Nampak tak betapa berkaratnya rambut Mr Luo ini?
rambut2
rambut1
Serius admin rasa nak muntah bila tengok dalam besen tu. Macamni punya manusia pun ada?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis