Nuffnang

Followers

Thursday, June 6, 2013

Lacur Diri Kerana Dadah, Mengapa ini terjadi???

LACUR DIRI DEMI DADAH: Kegiatan dua wanita yang menawarkan khidmat seks bagi mendapatkan bekalan dadah terbongkar apabila rumah yang disewa mereka diserbu polis. Bukan itu sahaja, salah seorang daripadanya yang berstatus janda turut dicekup bersama pelanggannya dalam keadaan berbogel.

Ketika serbuan di Flat Kampung Fikri, Kemaman, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, janda terbabit yang berusia 28 tahun bersama seorang lelaki berusia 37 tahun dan seorang lagi wanita berusia 20 tahun sedang dalam keadaan khayal.

Dalam serbuan yang dilakukan 10 anggota diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superitendan Hamzah Awang Dollah dan seorang kakitangan Pejabat Agama Daerah Kemaman itu, polis turut merampas satu tiub dadah daripada janda berkenaan yang mempunyai seorang anak.
Berdasarkan rekod, polis mendapati suspek berusia 20 tahun itu pula baru sahaja keluar dari ousat pemulihan akhlak wanita di Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan itu, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan janda terbabit turut disiasat di bawah Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah. Kesemua mereka dituduh di mahlamah semalam.
Pasangan tersebut juga turut diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kemaman dan akan didakwa mengikut undang-undang syariah kerana bersekedudukan.

Sumber: Akhbar Sinar Harian






No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis