Nuffnang

Followers

Thursday, June 6, 2013

Bahaya!!! Diragut kali ke-6

Alor Setar: “Saya nekad melawan dengan menarik beg tangan yang diletakkan dalam raga motosikal sambil menjerit meminta tolong, tetapi gagal mengawal motosikal lalu terjatuh mengakibatkan kedua kaki saya sakit dan gagal berdiri semula.”
Begitu kata Jamaliah Md Isa, 42, yang menerima tiga jahitan pada kaki kiri selain luka di kedua-dua belah lutut dan jari kaki kanan akibat jatuh terseret serta dihempap motosikalnya dalam kejadian ragut di persimpangan lampu isyarat Sungai Mati, Langgar, dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 9 pagi ketika mangsa menunggang motosikal Honda Wave seorang diri menuju ke tempat kerja di Pokok Sena sebelum dipercayai cuba diragut seorang lelaki yang menunggang motosikal Modenas Kriss.

Mangsa yang menetap di Jalan Tanjung Bendahara, dekat sini, sebelum itu dikatakan dalam perjalanan dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) II untuk mendapatkan rawatan susulan selepas menjalani pembedahan di kakinya akibat jangkitan kuman, kira-kira setahun lalu.
Foto
JAMALIAH cedera di kedua-dua kaki.

Ibu kepada tiga anak berusia 13 hingga 20 tahun berkenaan kemudian meneruskan perjalanannya ke tempat kerjanya sebelum kejadian ragut itu berlaku.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis