Nuffnang

Followers

Tuesday, June 11, 2013

Terkini!!! Lelaki tertua di dunia meninggal pada usia 116 tahun

KYOTO: Manusia tertua di dunia, Jiroemon Kimura, dari Jepun, meninggal dunia pada usia 116 tahun, awal pagi tadi. 

Beliau yang juga lelaki tertua di dunia meninggal di hospital, lapor agensi berita Kyodo News. 
Kimura, dari Kyotango di kawasan kediaman Kyoto, diikhtiraf oleh Guinness World Records sebagai manusia tertua pernah hidup di dunia pada Disember 2012 apabila seorang wanita di Amerika Syarikat meninggal dunia ketika berusia 115 tahun. 


Pada tarikh 28 Disember, Kimura memecah satu lagi rekod menjadi lelaki tertua pernah hidup apabila dia mencecah usia 115 tahun dan 253 hari ketika itu. 

Kimura meninggalkan tujuh anak, 14 cucu, 25 cicit dan 14 piut dan pernah bekerja di pejabat pos selama 40 tahun. 

Selepas bersara, beliau bekerja di ladang sehinggalah umurnya pada 90 tahun. - AFP

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis