Nuffnang

Followers

Friday, June 28, 2013

Boikot Kurma Iran!!!


Aku tak pasti jika korang masih meneruskan pemboikotan McD yang hangat beberapa bulan yang lepas. Jika masih, tahniah aku ucapkan! Kita sekapal. Sejak Oktober tahun lepas aku sudah tidak lagi menjamah McD. Usaha tak seberapa ini setidaknya menyuarakan kebencian kita terhadap musuh Islam yang dengan sewenangnya membunuh, menyembelih, merogol umat Islam di seluruh pelusuk dunia terutamanya di Palestin, Burma dan Syria. Terbaru, produk Iran menjadi sasaran. Antaranya kurma Yusuf Taiyoob. Pasti ramai di kalangan kita pernah makan kurma Yusuf Taiyoob, betul tak? Paling tidak pon semasa bulan puasa.
kurma yusuf taiyoob, boikot produk iran, boikot kurma iran
Kurma YuTa didapur menjadi bukti. Memang ada tertulis produk Iran
Memetik kata2 Pengerusi Aqsa Syarif iaitu Dr Hafidzi Mohd Noor…
…Kempen boikot produk Iran adalah seruan dari Ijtimak Ulama Ummah yg di pengerusikan oleh Syeikh Dr Yusuf Qardhawi pd 14 Jun 2013 yg merupakan sebahagian dari Resolusi 11 perkara sebagai menyatakan sokongan kpd rakyat Syria dan bantahan kpd Hizbus syaitan dan Iran yg kini membantu Regim Basyar al Assad secara politik dan ketenteraan utk membunuh rakyat Syria.
Namun begitu, tidak semua kurma Yusuf Taiyoob diimport dari Iran. So, sebelum membeli, periksa terlebih dahulu dari mana datangnya kurma YuTa. Usaha ini bukan nak melumpuhkan bisnes kurma Yusuf Taiyoob, tetapi melumpuhkan pengaliran kewangan Iran yang sedang giat menyokong rejim Bashar “menyembelih” saudara Islam kita di Syria. Maaf, aku tidak begitu tahu secara mendalam apa yang terjadi di Syria tetapi apa yang aku tahu, sedaya yang aku mampu, aku akan cuba membantu rakyat Islam Syria dan menguburkan Iran. Mungkin ada yang tidak ambil peduli akan usaha ini. Takpelah, bergembiralah kamu selagi keluarga kamu masih hidup aman.
kurma palestin, medjoul dates
Kurma Palestin

Sempena puasa yang bakal tiba kurang dari sebulan, jom sama2 membantu bisnes masyarakat Palestin dengan membeli kurma yang diimport dari Palestin ini.
Jikalau ada lagi produk Iran yang masuk Malaysia, sila komen dibawah dan sebarkan kepada rakan2 kita. Kita boikot sehinggalah mereka menghentikan bantuan.

2 comments :

  1. nak tnya iran ni bukan negara islam ke ??? bukan ke iran yng nak perang dengan israel and bantu palestine ?? mcm x faham knpa brngn iran kena boikat . . admin please cerita .

    ReplyDelete
  2. Iran bkn negara islam...tp negara syiah...dan iran menyokong basyar al asad yg juga syiah utk memerangi rakyat syiria yg berpegang pd ahli sunnah waljamaah atau sunni...jd boikot produk dari iran utk melumpuhkan bantuan pd basyar al asad. Bykkan membaca...sbb ini isu semasa...kalau xtau maksudnya mmg x baca surat khabar atau x tgk berita kot...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis