Nuffnang

Followers

Sunday, June 2, 2013

Tahukah anda, 10000 orang mati akibat merokok di Malaysia!!!

Lebih 10,000 kematian setahun di Malaysia berpunca daripada tabiat merokok








SUBANG JAYA - Lebih 10,000 kematian setahun dicatatkan di seluruh Malaysia adalah berpunca daripada tabiat merokok, kata Menteri Ke sihatan, Datuk Seri S. Subramaniam.
Katanya, penggunaan produk tembakau adalah penyumbang utama kepada kematian dengan kadar membunuh seorang individu daripada sepuluh orang dewasa secara global.
Tambahnya, berdasarkan Tinjauan Kesihatan Kebang saan, melalui Global Adult Tobacco Survey pada tahun 2011, jumlah perokok di Malaysia adalah dianggarkan lebih daripada empat juta orang.
Beliau hadir merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan di Sunway Pyramid di sini hari ini.
Tema sambutan tahun ini yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ialah Larangan Pengiklanan, Promosi dan Tajaan Syarikat Rokok. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz2V2sHGith 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis