Nuffnang

Followers

Sunday, June 2, 2013

Ulat didalam badan manusia!!!

Lalat botfly adalah sejenis serangga yang berasal dari Mexico, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Semasa dalam proses larva, ia merupakan parasit menakutkan kepada haiwan lain terutamanya manusia di rantau ini.

Kitaran hayatnya bermula apabila botfly betina dewasa bertelur dalam serangga Artropod seperti nyamuk atau kutu.

Dalam erti kata lain, botfly merupakan host kepada serangga vektor ini. Serangga seperti nyamuk biasanya akan ditangkap oleh botfly semasa terbang dan bertelur di permukaan nyamuk tersebut.

Nyamuk ini kemudiannya akan kembali kepada rutin hariannya dan apabila ia menghisap darah manusia atau haiwan (lembu dan anjing; kadang-kadang kerbau, kucing, monyet, babi, arnab atau kambing biri-biri) telur botfly akan bertindak balas kepada perubahan suhu dan menetas.

Larva ini kemudiannya akan menggali lubang ke dalam kulit tuan rumah baru mereka melalui luka gigitan nyamuk atau folikel rambut. Larva akan hidup di dalam kulit perumah sehingga 12 minggu dan akan membesar.

Selepas purata 30 hari, mereka merangkak keluar dari kulit perumah dan menjadi kekompong di dalam tanah, sehingga mereka keluar sebagai botfly dewasa dan kitaran ini akan berulang lagi.






Jangkitan

Semasa hidup di dalam perumah, larva botfly kekal dalam lapisan subkutaneus kulit. Kehadiran mereka menyebabkan radang dan bengkakan kulit yang menyakitkan sehingga bernanah dan berdarah. Perumah biasanya boleh merasakan pergerakan larva di dalam luka atau kulit mereka yang bengkak ini, terutamanya semasa mandi atau menggaru luka.



Gambar larva yang dikeluarkan dari kulit haiwan menggunakan forceps
Tubuh badan individu yang dijangkiti akan bertindak balas kepada kehadiran parasit dengan meningkatkan bilangan sel darah putih, dan ini sering menyebabkan luka untuk merembeskan nanah.

Rawatan

Cara yang paling mudah dan konvensional untuk merawat jangkitan parasit larva botfly adalah dengan mengeluarkan larva melalui prosedur pembedahan yang memerlukan rawatan anestesia. Dalam prosedur ini, pisau bedah atau scalpel digunakan untuk membelah luka dan kemudian mengeluarkan larva tersebut.

Untuk mengeluarkan mereka, bukaan spirakel atau rongga kecil pada permukaan larva tersebut yang digunakan untuk bernafas hendaklah ditutup. Kebiasaannya, lubang di luka dan larva dituang dengan lemak haiwan, petroleum, lilin, atau cecair lain yang boleh menyekat rongga pernafasan larva tersebut.

Larva kemudiannya akan muncul keluar daripada lubang luka untuk bernafas dan ianya boleh dikeluarkan menggunakan forceps. Dalam sesetengah kes, larva akan keluar daripada luka yang membengkak setelah mengenakan tekanan di sekeliling kawasan luka atau dengan menyuntik lidocaine di bawah permukaan luka untuk mewujudkan tekanan dan ini akan menolak larva keluar.

Selepas prosedur ini,rawatan antibiotik hendaklah diambil untuk mencegah jangkitan.

Pencegahan

Pencegahan yang paling berkesan adalah agak mudah dan senang. Semasa berkunjung ke Amerika Tengah dan Selatan, individu terbabit perlu menyapukan krim penghalau serangga dan memakai pakaian perlindungan untuk mengelakkan digigit oleh nyamuk atau kutu.












source: http://penpatah.blogspot.com/2013/02/info-larva-botfly-parasit-menakutkan_2757.html

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis