Nuffnang

Followers

Thursday, October 3, 2013

‘Tiga generasi’ mati lemas [Sedih]

Hulu Selangor: Seorang kanak-kanak berusia setahun dipercayai lemas bersama ibu dan nenek dalam sungai di Kilometer 69, Jalan Kalumpang menghala Kuala Kubu Bharu, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, kereta PROTON Waja yang dipandu ibu mangsa terbabas, terjunam dalam sungai. 
Ibu mangsa berusia 29 tahun dan neneknya pulak berusia 62 tahun. 

Mereka dipercayai lemas selepas terperangkap dalam kereta, manakala kanak-kanak terbabit yang tercampak keluar dibawa arus sungai sebelum ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian dua jam kemudian.
Foto
KANAK-KANAK yang lemas selepas tercampak dari kereta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki tiga sekeluarga itu hilang kawalan sebelum terbabas merempuh penghadang jalan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/04

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis