Nuffnang

Followers

Sunday, October 27, 2013

Hantaran Diana cuma tiga dulang

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pasti ada impian perkahwinan mereka sendiri. Begitulah juga dengan pelakon Diana Amir dan suaminya, Mohd Habib Bullah A Rahman yang selamat diijabkabulkan pada malam Jumaat lalu.
Mereka hanya mengimpikan majlis pernikahan yang sederhana dan mengikut kehendak syariat. Ternyata apa yang diharapkan Diana dan Habib sudah pun terlaksana dengan semuanya teratur serta berjalan lancar. 
Diana yang ditemui media selepas majlis pernikahannya berkata, dia gembira dan bersyukur tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana apa diinginkan dimakbulkan Allah SWT. Ujarnya, biar pun majlis pernikahannya dibuat secara sederhana, tetapi tetap meriah. 

“Kini, saya dan suami mengharapkan semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya akan berusaha menjadi isteri terbaik buat Habib dalam usaha kami mencari keredaan Allah SWT bersama-sama.
Foto

“Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan Allah SWT dengan lelaki seperti Habib yang melengkapkan hidup saya dan semoga dia dapat membimbing saya menjadi isteri yang baik. Saya tertarik dengan Habib kerana dia memahami saya dan memiliki ilmu agama dimiliki dan saya percaya dia jodoh terbaik untuk saya,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/28

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis