Nuffnang

Followers

Monday, July 8, 2013

Kisah si suami yang hamil (lawak)

Seorang lelaki tua baru menikah dengan seorang anak dara muda bergetah. Hasil dari perkahwinan mereka... si isteri mula muntah-muntah dan loya. Lalu si lelaki tua pun menadah tangan ke hadrat illahi bersyukur kerana isterinya telah mengandung.

Suatu hari, lelaki tua telah jatuh sakit, perutnya memulas-mulas, mulutnya juga loya dan asyik termuntah-muntah. Lalu dia memutuskan untuk memeriksa keadaannya di sebuah klinik.

Sesampai di sebuah klinik, doktor tidak dapat mengesan penyakit lelaki tua itu, lalu mengesyorkan lelaki itu balik dan datang semula esok dengan membawa air kencingnya untuk pemeriksaan seterusnya. Doktor telah membekalkannya sebuah botol untuk digunakan bagi mengisi air kencing tersebut.

Keesokkan harinya, lelaki itu kembali ke klinik dengan membawa sample air kencingnya. Setelah diperiksa.. doktor telah mengesahkan yang lelaki itu itu sedang "hamil".

Setelah pulang di rumah lelaki itu menangis tersedu-sedu menyampaikan berita ajaib kepada isterinya. Belum sempat meneruskan cerita si isteri memotong perbualan mereka.

"Oh, iya Bang, saya lupa bagitahu semalam.... saya terburu-buru nak kencing, sampai tak sempat nak ketandas... lalu saya kencing saja didalam botol yang abang mahu bawa ke doktor.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis