Nuffnang

Followers

Friday, July 5, 2013

Bahana teknologi rokok elektrik





Sudah bertahun isu rokok elektrik dibincangkan, daripada kesan buruk hinggalah kandungan yang memudaratkan kesihatan, rokok elektrik, ‘e-rokok’ atau nama lainnya ‘vaper’ tetap menjadi pilihan perokok muda malah semakin digilai ramai.
E-rokok yang pertama kali diperkenalkan di China pada Mei 2004 ini secara langsung memberi kesan sampingan seperti penyakit berbahaya walaupun ada dakwaan mengatakan ia mampu menghentikan tabiat merokok.

Virus baru
Menurut sumber, kelompok remaja yang menghisap rokok elektrik kini dilihat semakin ramai malah ia ibarat virus apabila menunjukkan peningkatan setiap tahun.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini berpendapat, hal ini harus dipandang serius kerana produk yang dikatakan pengganti rokok tembakau itu didapati digunakan begitu meluas termasuk oleh pelajar dan wanita. Malah lebih mengejutkan apabila kajian mendapati kira-kira 60 pelajar di sebuah sekolah di Pulau Pinang menghisap rokok elektrik ini.

Jelas, tempias e-rokok ini tidak hanya kepada golongan lelaki tetapi para gadis juga tidak terkecuali untuk cuba merasai rokok elektrik ini dan lama kelamaan akan menyebabkan ketagihan.


Tiada had umur

Meskipun pelbagai kajian dijalankan ke atas kesan penggunaan rokok elektrik ini, golongan remaja masih memandang remeh isu ini. 

Pelbagai usaha saintis tidak jemu membuktikan bahaya rokok elektrik ini selain disokong persatuan dan badan berkaitan kesihatan yang berkenaan. Mereka sebulat suara meminta supaya Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan serta penggunaan rokok ini kerana mampu menyebabkan ketagihan yang lebih tinggi berbanding rokok biasa.

Negara seperti Brazil, Norway, Colombia, Panama, Singapura dan Uruguay mengharamkan rokok ini termasuk Perancis yang bercadang mengharamkan penggunaan e-rokok di tempat awam. Kesan buruk ke atas kesihatan menjadi punca utama ia diharamkan.

Di Malaysia, tiada had umur digariskan bagi penjualan rokok jenis ini dan ia sekali gus membolehkan golongan kanak-kanak serta remaja membelinya, berbeza dengan rokok biasa yang mempunyai had usia dari segi penjualan. Situasi ini dilihat mampu mencambahkan bilangan perokok e-rokok dalam kalangan anak muda jika tidak dibendung dari awal.


Buruk padah

Kajian dilakukan para saintis di University of Athens, Greece, mendapati e-rokok boleh menyebabkan kerosakan kepada paru-paru dan nikotin iaitu racun toksik serupa dengan racun serangga. Difahamkan, apabila terlalu banyak yang dihisap, ia boleh membawa kepada keracunan nikotin yang menyebabkan muntah, rasa mual dan pening.

Beberapa kajian saintifik lain juga menunjukkan bahawa e-rokok ini boleh menyebabkan kerosakan paru-paru, membawa kepada keracunan nikotin, memberi kesan negatif kepada penyakit arteri dan mempunyai ejen penyebab kanser di dalamnya.

Kenyataan berkaitan turut disuarakan Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) yang menggesa supaya rokok elektronik atau e-rokok diharamkan berikutan produk itu memberikan kesan sampingan seperti penyakit berbahaya kepada pengguna.
Sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Bahanateknologi/ArticleArtikel ini disiarkan pada : 2013/07/05

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis