Nuffnang

Followers

Monday, November 18, 2013

KES REMAJA HILANG DI VILLA NABILA













Kes remaja hilang di Villa Nabila, Johor Bahru. Sudah tentu ramai yang keliru dengan kejadian yang berlaku. Ada laporan mengatakan 23 remaja hilang, ada yang kata hanya seorang. Terbaru pada petang tadi, Polis Johor menjelaskan hanya seorang sahaja yang hilang iaitu, Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16.
Ok, macam ni. Sebenarnya memang yang pergi ke villa berkenaan adalah seramai 30 orang termasuklah Izzat Izzudin. Ianya disahkan oleh seorang rakan yang bersama-sama Izzat mengunjungi villa berkenaan namun dia selamat keluar dari villa itu. Baca keterangan beliau dibawah:
Remaja berkenaan adalah, Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, ketika ditemui berkata beberapa rakannya diserang histeria selepas 20 minit berada di dalam bangunan itu. “Saya masuk ke bangunan itu sekadar suka-suka bersama 30 yang lain (termasuk Mohamad Izzat Izzudin) pada pukul 12.30 tengah malam, awal hari Ahad. Apabila terjadi histeria, kami semua bergegas keluar dan mendapatkan pertolongan dari sebuah masjid berhampiran. Saya tidak menyangka ada di kalangan kami yang hilang selepas semuanya bersurai kerana saya sendiri pun tidak berapa mengenali ramai yang lain,” katanya dipetik Sinar Harian.
Oleh sebab itu, Polis Johor memberi kenyataan hanya seorang sahaja yang hilang kerana mereka hanya menerima satu laporan sahaja iaitu daripada ibu mangsa. Baca petikan kenyatan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supt Abdul Samad Salleh dibawah:
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supt Abdul Samad Salleh berkata, kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, semalam apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di sini, sejak keluar pada Sabtu. Norhayati kemudian menghubungi salah seorang daripada rakan Mohamad Izzat Izzudin lalu dimaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi ke rumah tersebut yang lebih dikenali sebagai ‘Villa Nabila’. Wanita terbabit kemudian pergi mencari sendiri Mohamad Izzat Izzudin di villa tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay, di sini, pada kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas gagal menemui remaja berkenaan.
Beliau juga berkata sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan remaja terbabit, bagaimanapun, belum menemuinya sehingga kini. Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu. Katanya, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung orang hilang dan menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.
Sementara itu, orang ramai didapati mengerumuni perkarangan pintu masuk villa tersebut sejak malam tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Skudai, pagi ini. Villa tersebut yang terdiri daripada tiga buah bangunan yang sudah usang berusia 40 tahun lepas sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik hingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk luar negara khususnya pengkaji aktiviti paranormal.
Dibawah ada beberapa gambar sekitar lokasi kejadian, Villa Nabila yang dikongsikan menerusi internet. Orang ramai hadir untuk melihat sendiri apa yang berlaku. Ada gambar memaparkan usaha mencari mangsa yang hilang didalam kolam. Juga gambar beberapa orang remaja yang dipercayai turut serta memasuki villa tersebut bersama Izzat.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis