Nuffnang

Followers

Tuesday, May 21, 2013

Bahaya lintah yang kita HARUS tahu!!!


Lintah. Foto: anneahira

As-Salam.
Jangan main-main dengan haiwan penghisap darah ni. Ia bukan haiwan yang boleh dibuat main, walaupun nampak tidak berbahaya, tidak berbisa tetapi ia boleh memudaratkan jika anda terkena hinggapan si lintah.

Saya pernah ingat ada satu kisah .... drama kat TV, lama sudah ... bagaimana lintah masuk ke dalam badan melalui kemaluan. Akhirnya orang tu mati kerana lintah beranak pinak dalam badan ...erkkk ... siyes ngeri.

Kecik-kecik memang pernah bermain dengan lintah, biasanya kalau ada kerbau, akan ada lintah. Lintah kalau melekat di badan, carilah abu rokok atau garam untuk melemahkannya dari terus mengigit dan menghisap darah anda. Berbeza dengan pacat, ia lambat kenyang dan badannya lebih besar. Jika pacat, lepas kembung perut hisap darah, pacat akan gugur sendiri.

Sedikit Info Mengenai Bahaya Lintah
  • Lintah hidup di kawasan berair terutama berhampiran bendang padi, kawasan ternakan lembu dan paya.
  • Lintah akan mengikut aliran air dan hinggap terhadap mana-mana hidupan lain termasuk manusia.
  • Lintah memasuki saluran kemaluan termasuk dubur dan menggigitnya.
  • Akibat gigitan itu, mangsa akan mengalami pendarahan teruk.
  • Pegawai Perubatan akan menggunakan air garam yang dimasukkan ke kemaluan atau dubur agar lintah keluar.
  • Mangsa memerlukan rawatan pemindahan darah dan jika terlewat diberi rawatan, mangsa boleh maut akibat kekurangan darah. 

Namun, lintah juga ada kegunaannya kini, salah satunya dalam bidang kosmetik dan juga perubatan alternatif. Ada jenis dan species, bukan semua lintah boleh dijadikan 'bahan' yang sesuai untuk tujuan baik ini.

Malah ia dijadikan satu bentuk industri dan peluang perniagaan bagi sesetengah orang.


Baca Selengkapnya - Fakta Menarik | Jika Lintah Masuk Ke Kemaluan http://www.hasrulhassan.com/2011/11/jika-lintah-masuk-ke-kemaluan.html#ixzz2TylflYF7
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis