Nuffnang

Followers

Wednesday, June 5, 2013

Hukuman Mati Menggunakan AK-47 Terhadap Perogol Di Yemen (5 Gambar)

Berikut merupakan gambar hukuman mati yang telah dijalankan ke atas seorang pesalah di Yemen. Lelaki itu yang merupakan seorang tukang gunting rambut telah dihukum mati setelah didapati bersalah meliwat dan membunuh budak lelaki berumur 11 tahun yang memasuki kedainya untuk menggunting rambut.


Hukuman dijalankan di khalayak ramai dengan lelaki tersebut dibaringkan terlentang di atas tanah dan ditembak menggunakan senjata ak-47 sebanyak 4 das di bahagian belakang.






Gempar! Lelaki Tergantung 12 Jam Di Batu Caves

Tidak terduga buat seorang lelaki apabila dirinya dipercayai tergantung hampir 12 jam tanpa sebarang bantuan akibat tergantung di cerun bukit berhampiran Batu Caves. Hajat yang mahu mencari haiwan ternakannya, berakhir dengan satu tragedi yang tidak akan dilupakan. Tergantung dengan kepala di bawah kaki di atas, merupakan satu pengalaman yang agak perit sebenarnya. Ini kerana posisi yang tidak stabil akan menyukarkan pernafasan. Bagaimanapun lelaki ini selamat.
tergantung
Selayang: Seorang gembala kambing nyaris maut selepas tergelincir ketika mencari ternakannya di kawasan bukit berhampiran kuil Batu Caves, di sini, dan tergantung pada akar kayu lebih 12 jam pada waktu malam sebelum ditemui orang ramai, pagi semalam.
Lelaki berusia 40-an itu dikatakan mendaki bukit berkenaan lewat petang kelmarin untuk mencari kambingnya tetapi terjatuh dari tebing bukit setinggi 25 meter, namun bernasib baik apabila kaki kirinya tersangkut pada akar kayu sebelum ditemui jam 8 pagi semalam.
tergan
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam dan menghantar pasukan bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Sepasukan tujuh pegawai dan anggota bomba tiba ke lokasi kejadian 13 minit selepas mendapat maklumat. Sebaik tiba, lelaki terbabit didapati tersangkut serta tergantung di akar pokok dengan kepalanya ke bawah.
“Bomba mengambil masa hampir sejam bagi menyelamat dan menurunkan mangsa sebelum ambulans membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, berdasarkan laporan awal, lelaki terbabit dipercayai tergelincir dari bukit berkenaan ketika mencari kambingnya, lewat petang kelmarin.
“Kejadian tak disedari sesiapa dan mangsa dipercayai tergantung di tebing bukit itu lebih 12 jam sebelum ditemui orang ramai yang berada di kuil,” katanya.

Geli! Apabila Rambut Tidak Dicuci Selama 26 Tahun

Setiap orang perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersihan. Jadi tidak boleh tidak, orang yang menetap di Malaysia perlu mandi sekurang-kuranya 2 hari sekali bagi memastikan badan sentiasa bersih. Percayakah anda bahawa terdapat seorang lelaki yang tidak pernah mencuci rambutnya selama 26 tahun. Tetapi apabila orang kampung bertindak mencuci rambutnya, ternyata air basuhan tersebut tersangat kotor. Ish.. boleh termuntah!
Seorang lelaki berumur 80 tahun membuat keputusan untuk membasuh rambutnya buat pertama kali dalam tempoh 26 tahun. Lelaki itu, Mr Luo berasal dari sebuah perkampungan kecil di bandar Chong Qing, China.Habis satu kampung dikerah Mr Luo untuk mencuci rambutnya itu. Sebanyak 3 paket serbuk pencuci digunakan dan memerlukan kira-kira 5 jam proses mencuci! Nampak tak betapa berkaratnya rambut Mr Luo ini?
rambut2
rambut1
Serius admin rasa nak muntah bila tengok dalam besen tu. Macamni punya manusia pun ada?

Tuesday, June 4, 2013

Kisah Benar! Perkongsian Keadaan Jenazah Penuntut UMT

Setiap manusia mahu pengakhiran hayatnya dalam keadaan yang baik. Namun dalam merebut khusnul khatimah itu, seseorang itu perlulah taat kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarangNya. KisahBest.My mahu berkongsi dengan anda tentang kisah seorang pemuda yang telah keluar berdakwah dan takdir Allah, dirinya telah meninggal duniakerana lemas. Ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan bersama anda tentang gambaran keadaanjenazah tersebut.
jenazah
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 harimengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kurang 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Markaz Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.
Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik (Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.
Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.
Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar danmengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.
Maha benarlah firman Allah,
Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah.
[Ali –Imran: 167-170]

Adegan Bomba Potong Cincin Yang Terlekat Di Jari Mangsa

Tugas sebagai anggotabomba bukan sahaja memadamkan kebakaran, tetapi tugas-tugas menyelamat turut melibatkan badan berkuasa ini. Kita sepatutnya memberikan penghargaan kepada mereka di atas kesungguhan membantu dalam apa jua kemalangan mahupun bencana yang menimpa. Artikel kali ini adalah menyentuh tentangadegan anggota bomba dalam berusaha memotong cincin yang telah terlekat di jari mangsa. Agak ngeri sebenarnya.
Pada jam 6.23 petang semalam, Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Raja, Shah Alam telah menerima panggilan kecemasan daripada Balai Bomba Sri Andalas memotong cincin yang melekat di jari dua mangsa di hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.
Tiga orang anggota diketuai oleh Mohd Faizal Samsudin bersama dua anggota lain, Mohd Zainal Hashim dan Muhamad Hafiz Hussin telah bergegas ketempat kejadian. Mangsa pertama seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tiga tahun dan mangsa kedua seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an.
Kecekapan dan ketelitian anggota-anggota bomba terbabit berjaya memisahkan cincin tersebut dari jari kedua-dua orang mangsa, syabas!
bomba4
bomba1
bomba2
bomba3

(Video) Bila Zip Seluar Sharifah Sakinah Terbuka

Nama Sharifah Sakinah memang tidak perlu diperkenalkan lagi selepas kontroversi video separa lucahnya menjadi hangat di kalangan peminat hiburan tanah air. Kali ini dia tampil dengan video Keek terbarunya, di mana memperlihatkan zip seluar Sakinah terbuka sambil dia mengomel mengenai tabiat sesetengah manusia yang suka memperbesar-besarkan isu yang dianggap remeh.


Berkemungkinan besar Sakinah merujuk kepada kontroversi video-videonya sebelum ini.

Apa-apa pun mari kita ucapkan selamat hari lahir buat pelakon cantik ini kerana Sakinah genap berusia 24 tahun hari ini.

Sejajar denga pertambahan usianya itu, diharapkan adik kepada dramatis Sharifah Shahirah dan Sharifah Norhaslinda ini tidak lagi memuat naik video yang boleh menjejaskan reputasi dan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai.


Ye, kami tahu awak memang gila-gila tetapi cubalah berpada-pada dalam berkongsi video kepada para peminat kerana tidak semua orang yang menyukai apa yang kita buat dan lakukan.

Tak gitu?

ni full video



Wanita hina Agong ditahan

Wanita hina Agong ditahanSULTAN Pahang Sultan Ahmad Shah (kanan) beramah mesra dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika menerima mengadap pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia di Istana Abu Bakar dekat sini, semalam.
Polis, SKMM cari 4 lagi individu dipercayai rakan Melissa Gooi

Pekan: Wanita yang dipercayai terbabit isu menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah, menerusi laman sosial, Facebook ditahan berhampiran kediamannya di Taman Nirwana, Ampang, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pemilik akaun dengan nama Melissa Gooi, 32, ditahan dalam serbuan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), jam 9.30 pagi semalam. Wanita dipercayai seorang pengurus pemasaran syarikat produk kecantikan itu dikatakan menyembunyikan diri sejak identitinya didedahkan beberapa laman blog. 
Menghina Tuanku 


Sementara itu di Kuala Lumpur, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Tajudin Md Isa, berkata Gooi, ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, kerana menghina ucapan Seri Paduka, dalam laman sosial Facebook pada 1 Jun lalu.

“Dia ditahan selepas polis dan SKMM menerima laporan dari seluruh negara berhubung kenyataan berbentuk penghinaan ke atas titah Seri Paduka sempena Hari Keputeraan Baginda.

“Sehingga kini siasatan lanjut sedang dilakukan polis dan SKMM selain mengesan empat lagi kenalan Facebook wanita itu yang turut memberikan komen berbentuk penghinaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mereka dikenal pasti sebagai Weennee Tan; Shuh Chien Loo; Hun Keat Wong dan Carol Tay, yang dipercayai kenalan Melissa. 
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, dalam kenyataannya pula meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai empat individu itu menghubungi Rakan Cop Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-21159999, atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tulis kata-kata penghinaan

Sebelum ini, Gooi dan rakan-rakannya dikatakan menulis kata-kata penghinaan di laman sosial berkenaan ketika Yang di-Pertuan Agong bertitah yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang ditentukan mereka sendiri.

Berikutan itu, berpuluh-puluh laporan polis dibuat di samping mencetuskan bantahan orang ramai.

Bantu siasatan

Sementara itu, SKMM dalam kenyataannya berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh didakwa mengikut Akta Hasutan 1948.

“Serbuan yang dijalankan adalah berdasarkan maklumat dan siasatan yang diterima daripada orang ramai yang tampil bekerjasama dengan JSJK dan SKMM sehingga membawa kepada penahanan itu.

Menurut kenyataan itu, SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuat naik kandungan serta komen yang mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja negara ini.

Sementara itu, Gooi dibebaskan dengan jaminan polis lewat petang semalam, manakala telefon bimbitnya dirampas untuk tujuan siasatan.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WanitahinaAgongditahan/Article/

Lima kali bedah kepala

Jelebu: “Semuanya seperti tiada kesudahan dan sehingga kini kepala Noratikah sudah dibedah lima kali sejak 2011 dan terbaru pada 5 dan 14 April lalu. Dia juga sudah menjalani puluhan rawatan radioterapi dan kimoterapi. Selepas ini tak tahu apa yang terpaksa dilakukan ke atas anak saya lagi.”
Begitu kata Suraya Mohd Samsi, 32, yang pasrah menjaga anak perempuannya, Noratikah Mohd Shafie, 14, yang menghidap barah otak sejak tiga tahun lalu ketika ditemui di Hospital Jelebu, di sini, semalam.
Menurut Suraya, Noratikah sebelum ini seorang periang dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain, namun kini anaknya terlantar di hospital dan semua pergerakan memerlukan bantuan.

Katanya, penyakit anaknya mula dikesan ketika berusia 11 tahun apabila Noratikah mengadu sakit kepala selain mata kabur dan kerap muntah.
Foto
NORATIKAH terlantar di hospital menjalani rawatan sejak 2011.

“Noratikah dibawa untuk rawatan di Hospital Jelebu dan doktor mengesahkan dia menghidap sawan dan perlu dirawat doktor pakar di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/05

Monday, June 3, 2013

Dua anak ajal serentak

Tampin: “Memang saya terkejut dan tidak menyangka dua anak lelaki saya meninggal dunia serentak, tetapi reda dengan pemergian mereka,” kata Zainal Sabu, 49, yang kehilangan dua anak lelaki yang maut dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Tampin-Gemas, di sini, semalam.
Sebelum kejadian, mangsa, Amirul Asri, 23, dan Amirul Naim, 21, yang menaiki kereta Proton Satria dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah di Desa Permai, dekat sini, selepas menjamu selera di sebuah restoran di pekan Tampin, kira-kira jam 12.05 tengah malam.
Difahamkan, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Amirul Asri bertembung dengan sebuah Proton Satria Neo dinaiki empat sekeluarga dari arah bertentangan.

Kemalangan itu menyebabkan bahagian depan depan kereta dinaiki mangsa remuk menyebabkan dua beradik itu cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tampin (HT) menaiki ambulans sebelum disahkan meninggal sebaik tiba di hospital.
Foto
KEADAAN kereta Proton Satria yang dinaiki dua beradik.

Empat lagi mangsa yang belum dipastikan identiti mereka dan hanya dikenali sebagai Hafizan (pemandu), isterinya, Azma yang mengandung dan dua lagi penumpang, Azman dan Khairul cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Sunday, June 2, 2013

Harga rokok naik lagi, senarai harga baru!!

DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90


Nasihat admin, hentikan merokok!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis